November 23, 2018
XO Cosmetics Rouge Velvet Lipsticks

“ Puan, keluarkan lipmatte pulak ye lepas ni boleh?”

“Boss lipmatte buat tak? Customer tanya. Depa semua dok tunggu hat Annona ja. Tak mau beli yang lain. “

Saya tak kata apa.
Diam dan senyum saja sebab terharu dengan kesetiaan dan keterujaan pelanggan yang dah ikat simpul mati hati mereka dengan Annona.

Ini cerita sebelum saya keluarkan Rouge Velvet.

Di saat orang lain berlumba-lumba keluarkan lipmatte, saya pilih untuk ambil risiko dan mengikut haluan berbeza.
Tak nak lah sama dengan orang lain..

Jadi, saya buat keputusan untuk keluarkan LIPSTIK edisi Raya sebagai produk sulung XO Cosmetics.
Setiap pemilihan bahan-bahan didalamnya dilakukan dengan penuh teliti dan saya mahu kosmetik yang pengguna pakai nanti bukan sahaja setakat dapat mewarna, namun ia sebenarnya adalah FUNCTIONAL COSMETIC (kosmetik yang ada fungsi dan kebaikan)

Rouge Velvet Lipstick mengandungi Hyaluronik acid di dalamnya dan ia dapat memberikan kelembapan pada kulit bibir, memudarkan garis halus kedutan dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap akibat pendedahan pada pigmen berwarna.

Formulasinya sangat ringan pada bibir sehinggakan
customer yang tak pernah pakai lipstik pun boleh terjebak nak pakai.

Siap bagi feedback cakap,

“ Eh macam tak pakai lipstik lah! Best! “

“ Lembut ja rasa”

“ Ringan sangat, dan paling penting bila sapu tak kena gigi! “

Siapa yang kaki lipstik tahulah bila kita gelak ke,senyum ke tak perasan pun lipstik terkena gigi🙈

Siapa dah dapat Rouge Velvet?

Xo💋

-Puan Ony Nurhusni

#RVlipstick
#XoCosmetics_byAnnona
#Lipstick_AntiGelapBibir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *