Modern Muse, Signorina, Envy Me, Olympea & Lady Million – dari mana datangnya nama ini?
Nama-nama pada gincu XO Rouge Velvet First Edition ini sebenarnya adalah inspirasi dari koleksi TOP 5 perfume kegemaran saya yang saya pakai setiap hari mengikut acara dan juga mood.
Jadi, untuk setiap kod warna lipstik Rouge Velvet, ia telah dipilih penuh teliti untuk dipasangkan dengan personaliti yang ada pada haruman perfume tersebut.
Mari kita berkenalan dengan kembar 5 ini.

Warna dasar : Soft Orange.
1. MODERN MUSE : Bauan moden dan ‘classy’. Wanita moden yang memakai warna ini adalah sumber inspirasi (muse) pada zaman millenial sekarang. Aktif, bijak dan berminda luas.

Warna dasar : Soft Red.
2. ENVY ME : Romantik. Haruman bunga yang lembut dan tidak keterlaluan. Begitu juga dengan warna lipstik ini, buat pemakainya kelihatan menawan dan dicemburui.

Warna dasar : Pink.
3. SIGNORINA : Warna sweet, begitu juga dengan haruman perfume ini. Pemakai akan kelihatan manis dan harmoni.

Warna dasar : Brown + Orange (Nude)
4. OLYMPEA : Sofistikated. Jika ada seminar, saya gemar mengenakan Olympea. Ia dapat membangkitkan aura. Warna gincu ini juga buatkan wanita nampak elegant.

Warna dasar : Rose Red.
5. LADY MILLION : Haruman citarasa mewah. Begitu juga dengan warnanya. ‘Powerful and strong’. Hanya pakai sedikit sahaja, boleh memberikan spirit ‘berkuasa’ dan ‘winner’. Sesuai untuk event besar, acara malam, atau kenduri.
Aha.. begitulah sedikit sebanyak sejarah penamaan adik beradik Rouge Velvet ini.
Kemain kan nama depa.
Asal nama dari Itali, France bagaii..
Tapi Mak dia oghang Kedah.
Haha.
Yang penting, segak!
-XO